Aceh Pakej Percutian ke Sabang dan Banda Aceh 4 Hari 3 Malam adalah pakej lawatan ke Aceh dan Sabang Pulau Weh selama empat hari tiga malam. Anda akan menjelajahi keindahan Pulau Sabang yang menawan. Anda juga akan dibawa ketempat pelancongan Pulau Rubiah untuk menikmati keindahan bawah air dengan lawatan snorkeling di Rubiah Sea Garden oleh bot kaca. Pakej Lawatan Sabang Pulau Weh 4 Hari 3 Malam adalah salah satu pakej pelancongan yang disyorkan dimana anda boleh menikmati tempat…
Aceh Pakej Percutian ke Sabang dan Banda Aceh 4 Hari 3 Malam adalah pakej lawatan ke Aceh dan Sabang Pulau Weh selama empat hari tiga malam. Anda akan menjelajahi keindahan Pulau Sabang yang menawan. Anda juga akan dibawa ketempat pelancongan Pulau Rubiah untuk menikmati keindahan bawah air dengan lawatan snorkeling di Rubiah Sea Garden oleh bot kaca. Pakej Lawatan Sabang Pulau Weh 4 Hari 3 Malam adalah salah satu pakej pelancongan yang disyorkan dimana anda boleh menikmati tempat tempat menarik di Pulau Weh, Bandar Aceh dan sebahagian daripada Aceh Besar. Anda juga akan dibawa untuk menikmati masakan khas di Banda Aceh dan Sabang.
Berikut adalah program lawatan Banda Aceh yang dapat anda lihat pada jadual perjalanan:
Hari 01 : Ketibaan di Banda Aceh – Sabang (L/D)
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda di Blang Bintang anda akan disambut dengan pemandu pelancongan. Selepas itu, lawatan akan dimulakan dengan melawat ke Perkebumian Masal Tsunami di Siron, Muzium Negeri Aceh yang merupakan salah satu muzium tertua di Indonesia di mana anda boleh melihat pelbagai barang-barang antik, rumah tradisional Aceh, barang-barang kuno, barang-barang sejarah, barang-barang kerajaan dan lain-lain dan terus lawatan ke Gunongan dan Sholat Zuhur di Masjid Raya Baiturrahman. Selepas makan tengah hari, melawat ke PLTD Apung yang merupakan kapal pejana kuasa terapung yang beratnya 2500 tan yang terkandas oleh tsunami 2004. Terus ke Pelabuhan Ulee Lheue untuk menuju ke Pulau Weh. Pergi dengan kapal cepat feri ke Pulau Sabang selama 45 minit. Ketibaan di Pulau Sabang, melawat ke Monumen I Love Sabang dengan latar tasik Laut Tawar, selepas mengambil gambar teruskan perjalanan ke Iboih, dalam perjalanan berhenti sekejap di Pulau Klah View Point. Ketibaan di Iboih, check in hotel dan selepas check in menuju monumen Sifar Kilometer Indonesia untuk melihat sunset. Selepas makan malam, Acara bebas.
Tempat Lawatan:
Hari 02: Lawatan Pulau Sabang & Snorkeling Trip dengan Glass Bottom Boat (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, dalam pakej percutian ke Sabang dan Aceh ini, tempat pertama yang akan dilawati adalah Pantai Gapang yeng merupakan pantai pasir putih dengan pokok-pokok yang rindang di sepanjang pantai, teruskan perjalanan ke Goa Sarang yang merupakan gua-gua laut dengan pemandangan panorama yang menakjubkan, Puncak 1000 untuk melihat pemandangan dari atas bukit, Pantai Pasir Putih Keuneukai, Monumen Sabang Meurauke di mana anda boleh melihat bandar Sabang dari atas, Masjid Besar Bandar Sabang dan meneruskan lawatan ke Sabang Fair, Pantai Kasih, Pantai Sumur Tiga, Pantai Ujong Kareung, Bunker Jepun dan Pantai Anoe Itam yang merupakan pantai pasir hitam. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kembali ke Pantai Iboih untuk snorkeling trip pada sore hari. kita akan naik bot kaca keliling ke Pulau Rubiah & taman laut rubiah di mana anda boleh melihat ikan dari kaca bot anda juga boleh berenang dan snorkeling di Rubiah Sea Garden dan tempat snorkeling lainnya dan perjalanan diteruskan ke Pulau Rubiah. Pada waktu petang, kembali ke pantai Iboih. Pada malam hari anda akan dibawa ke Bandar Sabang untuk menikmati masakan khas Sabang di Pantai Paradiso dan kedai untuk membeli cenderahati. Kembali ke Iboih, program bebas.
Tempat Lawatan:
Hari 03: Tour Banda Aceh & Aceh Besar (B/L/D)
Selepas Sarapan pagi di hotel, check-out hotel dan menuju ke Pelabuhan Balohan Sabang untuk menyeberang ke Banda Aceh dengan kapal cepat selama 45 minit. Tiba di Pelabuhan Ulee Lheue, menuju ke Pantai Ulee Lheue untuk mengambil gambar bersama-sama. Lawatan ke Masjid Baiturrahim yang merupakan masjid yang tak hancur oleh gelombang tsunami walau masjid ini tenggelam yang terletak behampiran dengan Pantai Cermin 500 meter sahaja. Meneruskan lawatan ke Muzium Tsunami, Check in hotel dan teruskan lawatan ke Kubah Masjid Terhempas Tsunami, Rumah Cut Nyak Dhien, Pasar Kek Tradisional di mana anda boleh membeli kek-kek tradisonal Aceh dari pelbagai kabupaten dan bandar di Aceh, teruskan ke Masjid Rahmatullah Lampuuk yang merupakan satu-satunya bangunan yang tidak hacur oleh tsunami di kawasan Lampuuk & Lhoknga walau masjid ini tenggelam di mana kawasan sekitarnya hacur dan rata dengan tanah, di masjid ini ada muzium kecil untuk melihat gambar masjid ini semasa tsunami, melawat ke Pantai Lampuuk & Pantai Momong. Makan Tengah hari di restoran tempatan. Selepas itu, lawatan ke Pantai Lhoknga yang merupakan pantai yang popular untuk melayar atau surfing, Pantai Riting dan dilanjudkan ke gunung kulu di mana anda pada musim tertentu boleh membeli durian terbaik di Aceh, mangis, rambutan dan buah-buah lain disini. Teruskan lawatan ke Puncak Geurutee di mana anda boleh melihat panorama indah dengan pulau-pulau yang dikelilingi pantai pasir putih bersih dari atas puncak bukit. Di tempat ini anda boleh menikmati kopi terbalik, melihat pelbagai jenis monyet seperti monyet coklat, monyet panjang ekor, monyet hitam, jika anda bernasib baik anda akan melihat gibbon dan monyet hidung besar. Kembali ke Banda Aceh dalam perjalanan berhenti di Pantai Pasie Jantang di mana anda boleh melihat nelayan menangkap ikan dengan jaring, Lhokseudu untuk melihat indahnya sunset dari café tepi laut. Makan malam di Mie Aceh Special, anda boleh makan mie Aceh Ketam, Mie Aceh Sotong, Mie Aceh Daging, Mie Aceh Lobster (Tempah terlebih dahulu), Mie Aceh Udang dan anda juga boleh menikmati kopi Aceh. Kembali ke hotel dan program hari ketiga pakej percutian ke Sabang Aceh selesai dan program bebas.
Tempat Sorotan:
Hari 04 : Banda Aceh – Berlepas (B/L)
Selepas sarapan pagi di hotel, check out hotel. Pada hari keempat Pakej percutian ke Aceh dan Sabang ini, anda akan kami bawa untuk berbelanja cenderahati dan shopping kraftangan di Pasar Aceh & Peunayong. Anda juga akan kami bawa ke Pusat Kopi Aceh dan anda boleh membeli kopi Aceh di sini dengan pelbagai jenis kopi anda juga boleh melihat pemrosesan kopi. Selepas shopping, lawatan singkat ke Bot di atas Bumbung, Taman Ratu Safiatuddin di mana anda boleh melihat 23 rumah Aceh tradisional dan Kebun Kurma di mana anda boleh membeli kurma muda dan menikmati juice kurma/tarikh. Hantar ke lapangan terbang untuk berlepas.
Tempat Sorotan:
Jika anda ingin harga murah atau bujet, Pakej Percutian Bajet ke Aceh untuk melihat itinerary pakej bajet ke Acheh. Atau anda ingin durasi lebih lama
Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi kami: